ULUM AL-QURAN : AL-QURAN

PENGERTIAN AL-QURAN

Bahasa : Bacaan atau Qiraat

Istilah : Kalam Allah yang bermukjizat (melemahkan) yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S dalam bahasa arab , yang ditulis dalam beberapa mashaf , bermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An.Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya adalah satu ibadah.

NAMA-NAMA LAIN AL-QURAN

1. Al-Quran : Surah Al-Isra' ( Ayat 9 )

2. Al-Kitab : Surah Al-Baqarah ( Ayat 2 )

3. Al-Furqan : Surah Al-Furqan ( Ayat 1 )

4. Al-Zikr : Surah Al-Hijr ( Ayat 9 )

5. Al-Tanzil : Surah Al-Syuara' ( Ayat 192 )

SEBAB AL-QURAN DINAMAKAN KITAB SUCI

1. Suci daripada campur tangan manusia.

2. Ajarannya sesuai dengan fitrah manusia.

3. Isi kandungannya tidak bertentangan antara satu sama lain.

4. Ia terpelihara daripada sebarang penyelewengan.

5. Ia hendaklah dibaca mengikut hukum tajwid yang betul , serta menjaga sifat dan makhraj hurufnya.

6. Isi kandungannya hendaklah difahami dan diamalkan.

7. Seseorang yang ingin menyentuh Al-Quran mestilah dalam keadaan berwuduk.

PERBEZAAN DI ANTARA AL-QURAN DENGAN HADIS RASULLULLAH S.A.W

AL-QURAN AL-KARIM
HADIS RASULLULLAH S.A.W
Lafaz dan makna daripada Allah S.W.T
Lafaz dan makna daripada Rasullullah S.A.W
Sumber hukum pertama
Sumber hukum kedua
Wahyu Allah S.W.T yang disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasullullah S.A.W
Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasullullah S.A.W
Disyaratkan berwuduk Ketika hendak menyentuhnya
Tidak disyaratkan berwuduk Ketika menyentuhnya
Ayat Al-Quran dibaca dalam solat
Tidak boleh dibaca dalam solat

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

ADAB SEBELUM
MEMBACA AL-QURAN
ADAB SEMASA
MEMBACA AL-QURAN
ADAB SELEPAS
MEMBACA AL-QURAN
Niat dengan ikhlas

Memohon perlindungan Allah S.W.T daripada gangguan syaitan dengan membaca Istia’zah

Menutup Al-Quran berdoa
Berwuduk

Membaca dengan tartil dan bertajwid

Mengamalkan isi kandungan Al-Quran
Meletakkan Al-Quran di tempat yang bersih dan tinggi

Bertalaqqi dan bermusyafahah di hadapan guru bagi memastikan tidak berlaku kesalahan dalam bacaan

Membawanya dengan penuh hormat dan meletakkan di tempat yang sesuai
Berpakaian bersih dan menutup aurat

Menghayati isi kandungan Al-Quran

Sentiasa mematuhi segala ajaran Al-Quran

PENILAIAN

1. Nyatakan pengertian Al-Quran daripada sudut bahasa dan istilah ?

2. Senaraikan TIGA nama lain bagi Al-Quran ?

3. Berikan EMPAT sebab Al-Quran dinamakan kitab suci ?

4. Terangkan TIGA perbezaan antara Al-Quran dengan Hadis Rasullullah S.A.W ?