ULUM AL-QURAN : ULUM AL-QURAN

PENGERTIAN ULUM AL-QURAN

Perkataan علوم القرءان terdiri daripada dua perkataan iaitu " علوم " dan " القرءان ". Perkataan " علوم " pula adalah kata jama' daripada perkataan " علم " ertinya beberapa ilmu Al-Quran .

علوم القرءان : Ilmu yang membahaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan Al-Quran daripada segi penurunan, pengumpulan, penulisan, pentafsiran, bahasa, nasakh mansukh, muhkam mutasyabih dan lain-lain.

MAKSUD RINGKAS ISTILAH-ISTILAH ULUM AL-QURAN

Penurunan ( نزول ) ialah proses diturunkan Al-Quran.

Pengumpulan ( جمع ) ialah dihafaz dan dibukukan.

Penyusunan ( تدوين ) ialah penyusunan ayat dan surah.

Tafsiran ialah maksud ayat.

( اعجاز ) ialah mukjizat.

PENILAIAN

1. Jelaskan perbahasan yang terkandung dalam ilmu Ulum Al-Quran ?

2. Apakah yang di maksudkan dengan penyusunan ( Tadwin ) Al-Quran ?

3. Berikan DUA  contoh yang menunjukkan Al-Quran itu sebagai satu mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W ?