ULUM AL-QURAN : NUZUL AL-QURAN

MAKSUD NUZUL AL-QURAN

Penurunan Al-Quran bermaksud " PEMBERITAHUAN " atau penyampaian wahyu Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.W dengan perantaraan lafaz-lafaz yang hakiki yang diturunkan ke dalam hati Nabi Muhammad S.A.W.

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN ( TANZIL AL-QURAN )


CARA PENURUNAN AL-QURAN

Al-Quran diturunkan selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Cara-cara Al-Quran disampaikan kepada Rasullullah S.A.W melalui malaikat Jibril A.S :-

1. Dalam rupa asal kejadian

2. Menyerupai seorang lelaki

3. Seperti bunyi loceng

4. Disampaikan terus ke dalam hati Rasullullah S.A.W

HIKMAH NUZUL AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR

1. Memudahkan umat Islam menghafaz.

2. Memudahkan ayat-ayat Al-Quran difahami.

3. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan

4. Bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat Islam

5. Menetapkan jiwa Rasullullah S.A.W

6. Memudahkan pelaksaan hukum.